Ketika Roh Keluar dari Jasad

Apabila roh keluar dari jasad, ia akan berkata-katadan seluruh isi alam sama ada di langit atau bumiakan mendengarnya kecuali jin dan manusia.

Apabila mayat dimandikan, lalu roh berkata :

“Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu keranaAllah untuk melepaskan pakaianku denganperlahan-lahan sebab pada saat ini aku beristirahat daripadaseretan malaikat maut”.

Selepas itu, mayat pula bersuara sambil merayu :

“Wahai orang yang memandikan, janganlah engkau menuangkan airdalam keadaan panas. Begitu juga janganmenuang dengan air yang dingin keranatubuhku terbakar apabila terlepasnya roh dari tubuh”.

 

Apabila dimandikan, roh sekali lagi merayu :

“Demi Allah, wahai orang yang memandikan janganengkau menggosok jasad aku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh”.

Setelah dimandi dan dikafankan, telapak kaki mayat diikat dan ia punmemanggil-manggil dan berpesan lagi supayajangan diikat terlalu kuat serta mengafanikepalanya kerana ingin melihat wajahnya sendiri, anak-anak,isteri atau suami buat kali terakhir kerana tidakdapat melihat lagi sampai Hari Kiamat.

 

Sebaik keluar dari rumah lalu ia berpesan :

“Demi Allah, wahai jemaahku, aku telah meniggalkanisteriku menjadi Balu. Maka janganlah kamumenyakitinya. Anak-anakku telah menjadi yatimdan janganlah kalian menyakiti mereka. Sesungguhnyapada hari itu aku telah keluar dari rumahku dan akutidak akan dapat kembali kepada mereka buatselama-lamanya”.

Sesudah mayat diletakkan pada pengusung, sekali lagi diserunya kepada jemaahsupaya jangan mempercepatkan mayatnya kekubur selagi belum mendengar suara anak-anak dansanak saudara buat kali terakhir.

 

Sesudah dibawa dan melangkah sebanyak tigalangkah dari rumah, roh pula berpesan:

“Wahai Kekasihku, wahai saudaraku dan wahai anak-anakku, jangan kamu diperdaya dunia sebagaimanaia memperdayakan aku dan janganlah kamu lalaiketika ini sebagaimana ia melalaikanaku”. “Sesungguhnya aku tinggalkan apa yang akutelah aku kumpulkan untuk warisku dan sedikitpunmereka tidak mahu menanggungkesalahanku”.

“Adapun didunia, Allah akan menghisab segala amalku, padahal kamu berasa senang dengan keduniaan. Dan mereka juga tidak mahu mendoakan aku”.

Ada satu riwayat daripada Abi Qalabah mengenai mimpibeliau yang melihat kubur pecah. Lalu mayat-mayatitu keluar dari duduk di tepi kubur masing-masing.Bagaimanapun tidak seorang pun ada tanda-tandamemperolehi nur di muka mereka. Dalam mimpiitu, Abi Qalabah dapat melihat jirannya juga dalamkeadaan yang sama. Lalu dia bertanya kepadamayat jirannya mengenai ketiadaan nur itu. Maka mayatitu menjawab:

“Sesungguhnya bagi mereka yang memperolehi nur adalah kerana petunjuk daripadaanak-anak dan teman-teman. Sebaliknya akumempunyai anak-anak yang tidak soleh dan tidak pernahmendoakan aku”.

 

Setelah mendengar jawapan mayat itu, AbiQalabah pun terjaga. Pada malam itu juga dia memanggilanak jirannya dan menceritakan apa yang dilihatnyadalam mimpi mengenai bapa mereka. Mendengarkeadaan itu, anak-anak jiran itu berjanji di hadapanAbi Qalabah akan mendoa dan bersedekah untukbapanya. Seterusnya tidak lama selepas itu, AbiQalabah sekali lagi bermimpi melihat jirannya.Bagaimanapun kali ini jirannya sudah ada nurdimukanya dan kelihatan lebih terang daripadamatahari.

 

Baginda Rasullullah S.A.W berkata:Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akanmasuklah satu kumpulan malaikat ke dalamlubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian merekamenarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinyasehingga sampai kelutut.

Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik rohdari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannyamereka keluar.

Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari peruthingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar.

Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanyahingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu.”

 

Sambung Rasullullah S.A.W. lagi:”Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman,maka malaikat Jibrail A.S. akan menebarkansayapnya yang di sebelah kanan sehingga orangyang nazak itu dapat melihat kedudukannya disyurga.

Apabila orang yang beriman itu melihatsyurga, maka dia akan lupa kepada orang yangberada di sekelilinginya. Ini adalah kerana sangatrindunya pada syurga dan melihat teruspandangannya kepada sayap Jibrail A.S. “Kalauorang yang nazak itu orang munafik, maka JibrailA.S. akan menebarkan sayap di sebelahkiri. Makaorang yang nazak tu dapat melihat kedudukannyadi neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagimelihat orang di sekelilinginya. Ini adalah keranaterlalu takutnya apabila melihat neraka yang akanmenjadi tempat tinggalnya.

 

Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah S.W.T.menghendaki seorang mukmin itu dicabutnyawanya maka datanglah malaikat maut. Apabila malaikatmaut hendak mencabut roh orang mukmin itu dariarah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orangmukmin itu dengan berkata:

“Tidak ada jalan bagimu mencabut roh orang ini melalui jalan ini keranaorang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepadaAllah S.W.T.”

Setelah malaikat maut mendengarpenjelasan itu, maka dia pun kembali kepadaAllahS.W.T. dan menjelaskan apa yang diucapkanoleh lidah orang mukmin itu.

 

Lalu Allah S.W.T. berfirman yangbermaksud:

“Wahai malaikat maut, kamu cabutlahruhnya dari arah lain.” Sebaik saja malaikat mautmendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikatmaut pun cuba mencabut roh orang mukmin dari arahtangan. Tapi keluarlah sedekah dari arah tanganorang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu. Makaberkata tangan: Tidak ada jalan bagimu untuk mencabutroh orang mukmin dari arah ini, tangan ini telahmengeluarkan sedekah,tangan ini mengusapkepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmupengetahuan.

 

 

” Oleh kerana malaikat maut gagaluntuk mencabut roh orang mukmin dari arah tanganmaka malaikat maut cuba pula dari arah kaki.Malangnya malaikat maut juga gagal melakukansebab kaki berkata:

Tidak ada jalan bagimu dari arahini. Kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alikmengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki inijuga berjalan menghadiri majlis-majlis ilmu.

” Apabila gagal malaikat maut,mencabut roh orang mukmindari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dariarah telinga. Sebaik saja malaikat maut menghampiritelinga maka telinga pun berkata:

“Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasamendengar bacaan Al-Quran dan zikir.”

Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dariarah mata tetapi baru saja hendak menghampirimata maka berkata mata:

“Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihatbeberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata inisentiasa menangis kerana takutkan Allah.

” Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada AllahS.W.T. Kemudian Allah S.W.T. berfirman yangbermaksud:

“Wahai malaikatKu, tulis AsmaKuditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada rohorang yang beriman itu.” Sebaik saja mendapat perintahAllah S.W.T. maka malaikat maut menghampiri rohorang itu dan menunjukkan AsmaAllah S.W.T.Sebaik saja melihat Asma Allah dan cintanyakepada AllahS.W.T maka keluarlah roh tersebut dari arahmulut dengan tenang.

 

Abu Bakar R.A. telah ditanya tentang kemana rohpergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkataAbu Bakar R.A:

“Roh itu menuju ketujuh tempat:-

 

1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke SyurgaAdnin.

 

2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.

 

3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke SyurgaIlliyyina.

 

4. Roh para shuhada berterbangan seperti burungdi syurga mengikut kehendak mereka.

 

5.Roh para mukmin yang berdosa akan tergantungdi udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai harikiamat.

 

6. Roh anak-anak orang yang beriman akan beradadi gunung dari minyak misik.

 

7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam nerakaSijjin,mereka diseksa berserta jasadnya hinggasampai hari Kiamat.”

 

Telah bersabda Rasullullah S.A.W: Tiga kelompokmanusia yang akan dijabat tangannya oleh paramalaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:-

 

1. Orang-orang yang mati syahid.

 

2. Orang-orang yang mengerjakan solat malamdalam bulan ramadhan.

 

3. Orang berpuasa di hari Arafah.

 

Sekian untuk ingatan kita bersama

Gallery | This entry was posted in Muslim's Corner. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s